ok....kali nie post dlm bm plak...hihi..yg awal2 dulu cam poyo je plak...juz nak share thiz post to all my frenz...harap dapat ambil iktibar
Rasullullah S.A.W melihat segolongan manusia yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur, akan tetapi selepas itu kepala itupun bercantum dan kembali semula seperti sedia kala. Kemudian org itu memukulnya pula sampai hancur. Demikianlah terus menerus mereka ka laku dengan tidak henti2...
Melihatkan keadaan itu , Nabi bertanya kepada Jibril: " Siapakah mereka itu wahai Jibril? "
Jawab Jibril : "Mereka adalah perumpamaan segolongan umat tuan yg suka melengah-lengahkan waktu solat hingga akhirnya habis waktu yg ditentukan".
Inilah gambaran seksaan ke atas golongan org yg tidak melakukan solat pada wak2 yg ditentukan atau meninggalkan solat dgn sengaja, sebaliknya mereka melakukan solat di luar wak2 atau mengqadakan dgn sengajapada waktu lain. Perbuatan demikian sering berlaku di kalangan umat Islam hari ini yg memberi alasan sibuk dgn urusan harian sehingga berani menangguhkan solat..Untuk mereka ALLAH mengancam dengan neraka Wail.
Firman ALLAH surah Al-Maa'un (107) ayat 4-5 :
"Maka kecelakalah (neraka Wail) bagi org yang solat ; (iaitu) yg solatnya dalam keadaan lalai"
Kadang2 pelik jugak, knape ade jugak org yg xnak sembahyang..SOLAT KAN TIANG AGAMA (teringat lagu upin ipin) hihi...kepade sahabat2, sedarlah n perbaiki amalan kite untuk bwak bekalan kat Akhirat nnt.
peringatan untuk diri sendiri jugak....

No comments:
Post a Comment